Wednesday, January 28, 2009

Gong Xi Fa Chai.

Wah..terlebih sudah. Semua kawan-kawan satu office macam tak sabar nak cuti seminggu. Me..included lah. Kan rakyat Malaysia sambut semua hari raya..ekeke. Sebenarnya, saya tidak sabar untuk bercuti panjang dan melepaskan segala kelibut dan lelah di office.

Dapatkah?? TIDAK. Sehingga waktu-waktu terakhir saya begitu sesak dan terlalu banyak meeting yang perlu di hadiri. Lebih teruk terlalu banyak benda yang harus di hantar pada 2 Feb. Adoh..tiada pilihan. Laptop di bawa pulang bersama dengan sekotak limau mandarin dan documents yang perlu untuk rujukan ketika di rumah.

Sangat benci ok. Cuti-cuti pun tidur tidak cukup. Berkejar-kejar dengan latihan basikal sambil menonton DVD, berkejaran dengan anak dan orange, menjadi suri rumah tangga i.e. mengemas sikit2 (sbb yg banyaknya ada maid dtg setiap ahad), menjemur kain, menggosok baju untuk satu bulan dll. Dari 9pm - 2am saya akan mula tenggelam dengan kerja saya. Ah..itu juga satu alasan saya tiada masa mahu on-line.

Petang nanti saya mahu ke rumah kawan baik saya sempena CNY dan melihat baby baru. Yang pasti Ang Pow kena bagi pada baby baru. Dulu-dulu saya yang dapat Ang Pow..ekeke.

Emhh..berbalik dengan kerja di rumah ni, saya dengki betul bila Honey buat kerja dari rumah dan dia di bayar penuh call back satu hari. Saya??? balik awal kena komen. Datang cepat dan buat keje satu jam awal dan bekerja dari rumah, macam buat tidak nampak sahaja. Ini sudah tidak adil..kan..kan?? Itu bezanya kerja dengan Mat Saleh dan Jepun.

Wah..mampus saya kalau boss baca blog ini...ekeke.. But hei..need to do improvement kan untuk mengekalkan pekerja-pekerja cemerlang seperti saya (ok peraan lebih sekarang) untuk terus berkhidmat di sini. Kalau tidak sudah pasti ada banyak syarikat besar akan memikat. Tetapi sejak krisis ekonomi ni adakah lagi yang mahu memikat?? Alahai sabar je lah.!

Ok..habis sudah ngomelan saya. Saya ucapkan Gong Xi Fat Chai kepada semua.

**makan 2 biji limau mandarin sahaja kerana banyak gula. Berkotak limau di habiskan oleh Honey. Hebat.!**

3 comments:

  1. reel dapat 2 hamper utk cny ni. reel tak sambut pun cny, tapi member2 chinese sajer nak buat charity. reel pun amik jer la. best tak? raya lepas reel dapat 5 hampers. sakan sehati berhamper la reel dan famili hahaha

    ReplyDelete
  2. Wah bestnyer Hanper..Akak kat sini berkotak dapat limau je dik oi. Kembung makan limau jer.

    Kita pon beraye tapi sibok nak cuti panjang..ekeke.

    ReplyDelete
  3. hahaha... reel pun dapat limau. tapi tak nak amik sebab memang tak suka makan limau

    ReplyDelete