Saturday, April 11, 2009

All about Orange...



1. Orange a.k.a Yoyange a.k.a Yenge.

2. DOB 24.4.2001 - 8 years = kurang 50 umur kita. (Tahun pertama = 20 tahun umur kita dan
tahun berikutnya kita tambah 4 tahun.

3. Mommy Orange = Irene. Sekarang berada di Ipoh dan masih hidup sihat. Umur Irene lebih kurang 16 tahun.

4. Abang tiri Orange (Garfield), sebijik macam Orange.

5. Adik beradik kandung Orange = Blacky. Blacky gemok debab. Ada orang jahat kidnap Blacky. Orange terselamat sebab dia bijak gi kawan dengan Finni si German Sheppard (jiran)

6. Sepupu spipit sedara mara Orange sekarang berada merata-rata. Termasuklah anak saudara terbaru Orange sekarang berada sihat di Kelana Jaya.

7. Sebenarnya, kami jaga 3 ekor - Orange, Blacky dan Mocot (sepupu Orange). Umur Mocot tidak lama kerana dia mati kerana jangkitan AIDS. Habis satu rumah kena basuh dengan Clorox. Orange dan Blacky kena kuarantin di wad selama 3 hari untuk memastikan mereka tidak terkena jangkitan AIDS. Mocot sekarang berbakti di rumah emak...melebatkan pokok mangga di depan rumah.

8. Sewaktu mengandungkan Ananna, Orange suka landing kat perut dan Ananna akan tendang-tendang Orange.

9. Sepanjang hidup, saya tidak pernah nampak Orange mengurat mana-mana betina. Kecuali 3 minggu lepas, kata Honey dia nampak Orange emh..emh..sekor kucing betina mana ntah.

10. Orange terror memburu binatang buas di dalam rumah tetapi burung dia kawan.

11. Orange sudah beberapa kali dia sakit dan 2 kali masuk wad. Kali pertama pasal Mocot mati kena AIDS. Kali kedua kerana sakit buah pinggang. 4 hari di wad, doktor minta kami mengambil Orange. Rupanya, Orange jadi kucing tension di wad. Sebelah kandang Orange ada kucing betina bising dan gatal. Kemudiannya, Orange jadi kucing sihat cergas..

12. Orange bukan kucing kaki gaduh. Dia baik. Kalau ada kucing datang dan minta makan dia dengan senang hati nak kongsi. Masing-masing tahu peranan masing-masing dan tidak kacau jajahan sesiapa.

13. Akhir tahun lepas, "kucing nasik lemak" datang menyibuk. Dia sibuk cuba untuk memasuki jajahan orange dan mencuri makanan Orange. Ini membuatkan Orange menjadi kurang sabar. Mereka bergaduh sehingga tenggelam timbul di dalam longkang. Cuba teka siapa jadi penyelamat keadaan.?? Saya terpaksa terjun di dalam longkang dan tangkap Orange. Kemudiannya, kejar "kucing nasik lemak" dengan rotan.

14. Sessi pergaduhan mereka ini membuatkan kami tidak senang duduk. Orange akan cuba sedaya upaya mempertahan kan jajahan dan membalas dendam. Akibatnya, dalam bulan December Orange cedera parah. Bengkak menanah di bahagian bontot dan jika terlambat kemungkinan ekor terpaksa di potong. Minggu lepas satu lasi sesi pergaduhan hebat. Kali ini mata Orange dan muka sebelah kanan bengkak. Orange demam. Badan Orange menjadi susut dari 5KG sekarang turun hinnga ke 3.1KG.

15. Kami sekarang memasang perangkap untuk membuang "kucing nasik lemak". Hei...kami bukan kejam..tetapi kami sebagai parent mesti melindungi "buah hati kami"...kan?

16. Sewaktu Orange dan Blacky berumur 4 - 8 bulan, dia suka hisap tetek Honey..ekeke.

17. Orange manja sangat dengan Ananna. Dalam masa yang sama dia berhati-hati. Sudah beberapa kali Orange kena pijak, kena tunggang dan sebagainya...Orange redha.

18. Sewaktu dulu, Orange tidur satu katil sehinggalah Ananna lahir...


Ok..sekarang masa untuk breakfast...kalau ada lagi kita cerita ok? Gambar yang tertera ialah gambar terbaru Orange...nak bawa ke Klinik...sakit bergaduh.

Oh..oh..Happy birthday busyuk Orange..!
*Orange = Prince*

2 comments:

  1. kucing ada AIDS kah? yoyenge pun pandai naik kete ek? boleh kawan ngan sinchan. tapi sinchan boleh drive kete kalau i penat drive

    ReplyDelete
  2. Patut kete Reel Accident..ekeke.

    ReplyDelete