Monday, April 13, 2009

Sian Orange.!

Tahu kan..Orange sekarang sedang sakit akibat hilang seminggu dan bergaduh "kaw-kaw" dengan kucing "nasik lemak".?

Sebenarnya, Orange sudah hampir pulih. Sudah boleh makan dan minum dan tidak lagi terhoyong hayang macam minum todi. Kira-kira sudah kuat lah tu.

Orange ni pandai tau..masa sakit dia redha je makan ubat dan cuci luka-luka dia tu. Bila dah sihat sikit...amboi...bergaduh-gaduh nak bagi makan ubat.

Sebentar tadi.........

Mata sebelah kiri Orange berdarah. Membuak-buak darah keluar setiap kali saya picit tempat yang bengkak itu. Adakah nanah atau...? Emh...risau...risau...risau...

Saya berdoa semoga Orange cepat-cepat sembuh..tak boleh nak bayangkan hidup saya tanpa Orange..Uwaaaaaaaaaaa!!!!!!!

**Saya dah jumpa GF Orange. Cute. Muda. Mix**

2 comments:

  1. Tak tau...tapi tiap2 hari dia lepak depan pagar. tayang bontot..

    ReplyDelete