Friday, May 15, 2009

Birthday Story – The Beginning


Sudah tua kah saya.? 34 itu kertu kah?


Oh tidak? Bukan tua, tetapi lebih matang, lebih bijak, lebih cantik dan sebagainya lah. Kecuali body oke? Body tidak boleh lebih-lebih. Sentiasa terjaga cantik dan tertutup rapi..Hey..barang jenama PRADA mestilah tutup cantik dan sopan. Dijaga rapi supaya tidak rosak. Hanya boleh ditonton oleh yang haknya. Bukan seperti jenama pasar malam…terdedah sana sini sehingga di hinggap lalat.


MYOB ye? Hah..yeah right.!


Ok..sambung kisah birthday saya.


2008, saya baru sahaja memulakan kehidupan baru di Honda Malaysia. Orang baru mestilah ada banyak peraturannya. Tahun lepas hanya disambut oleh Honey dan Ananna dengan kek secara kejutan. Ah..sambutan dengan cara itu pun sudah cukup membahagiakan saya.


2009, sudah di buat perancangannya berbulan yang lalu. Hehehe..sengaja begitu kerana mahu membalas dendam. Sejak April, saya sibuk mengintai tempat-tempat peranginan yang sesuai untuk sambutan harijadi saya. Dari Bukit Merah hinggalah ke Damai Laut seterusnya ke Port Dickson.


Port Dickson juga menjadi satu masalah untuk memilih-milih tempat. Akhirnya, dua tempat menjadi pilihan terakhir. Avillion atau Legend, di mana kedua-duanya menawarkan tempat penginapan di atas laut. Kata orang, Avillion itu “Heaven and Earth” dan Legend pula..oh well..Cuma “Earth”. Kedua-dua ini ada pro dan kontra nya. Terpulang kepada citarasa masing-masing dan kemampuannya.


Kelebihan Avillion ialah dia punya private beach sementara Legend pula berkongsi pantai. Tidak kisah lah kerana ada pantai kah atau tidak kah tidak langsung memberi sebarang perbezaan dengan cuti saya. Harus di ingat ya...suami saya sangat sangat trauma dengan segala yang berkaitan dengan air.


Ke Pangkor tidak boleh kerana perlu menaiki feri. Feri akan mengingat dia dengan TITANIC! 3 tahun lepas kami ke Langakawi dan kami menginap di Berjaya Resort. Tahu tidak, air laut hanya mencecah buku lali saya sahaja. Kenapa?? Oh laut ada JAWS…oke? Oh..jangan sekali-kali ajak untuk berkelah di tepi air terjun…jangan harap!


Cuti kali ini saya harap lah sangat-sangat untuk sekurang-kurangnya berjalan menyusuri pantai. Kalau dapat mandi laut adalah satu bonus!


Oh..kemana saya tahun ini?


Saya memilih Legend Water Chalet. Saya mahu berehat sepuas-puasnya. Menikmati percutian saya dengan seseronok tahap maksimum.

2 comments:

  1. wow percutian! hadiah hari jadi ker? apa2 pun enjoy ur vacation dan SELAMAT HARI JADI kak. moga panjang usia dan murah rezeki

    ReplyDelete
  2. Oh..thank U..dah balik pon ni ha.

    ReplyDelete