Saturday, July 25, 2009

Sayu hati seorang mommy.

Ye..saya sayu.. Terlalu amat amat sayunya. Kenapa..?..agh....sayu..sayu..

Saya teringat Feb 2005..saya sangat happy kerana menerima berita paling menggembirakan dalam hidup saya. Saya sudah menunggu berita seperti ini sejak lima tahun sebelumnya. Ketika itu saya amat berhati-hati untuk berkongsi berita gembira kerana saya takut kejadian 2003 berulang kembali. Cumanya, perubahan bentuk badan saya yang mengembang macam belon begitu sukar untuk menyembunyikan rahsia besar saya walaupun Ananna ketika itu saiznya lagi kecil dari sebiji epal.

Hari-hari seterusnya saya lalui dengan gembira. Setiap gambar dari scan saya simpan dalam album dan susunkan dengan teratur. Saya happy kerana Ananna memberikan kekuatan untuk saya. Tiada masalah langsung ketika Ananna di dalam perut. Cuma....kecantikan saya hilang...*tepuk kepala sbb perasan*..hehehe. Saya tak sanggup tengok muka yang kembang dan hidung besar merah yang sebijik macam clown kat sarkis itu.

Air ketuban saya pecah ketika saya sedang meeting dengan customer dari Hyundai. Orang Korea itu siap bangun sebab terkejut tengok air ketuban saya tumpah. "Ooops, i think I need to go to Hospital now...please carry on the meeting". Saya sempat babai dengan semua orang di office sambil sempat lagi bergelak ketawa. Emh..tak lah sakit sangat nak bersalin ni. Oh..oh..saya yang memandu ketika mahu ke hospital ok. Kuat tak?

Ok..cerita konon tak sakit ketika bersalin itu hanya omong kosong ok. Saaaaaakkkkkiiiiiitttttt!! Serius sakit. Saya melawan rasa sakit sehingga 2 pagi...ketika itu Honey sudah tidak tertahan melihat saya berhempas pulas bertarung nyawa dan membuat panggilan kecemasan.

2:05am...saya berada di bilik pembedahan..saya masih ingat dengan jelas kejadian itu..ketika doktor meminta saya menandatangani surat kebenaran..ketika doktor mula melakukan pembedahan..ketika saya komplen.."doktor...oh..doktor..darah ni bersepah kat tangan saya..tolong lap!"..ketika doktor bertanya "Zura..ingat tak jantina baby"..saya jawab sambil tersengih..."pompuan"..saya nampak dengan jelas doktor menarik kaki Ananna dan tunjukkan Ananna untuk pertama kalinya.. Akhirnya...precious baby saya keluar dengan selamat pada 2:25am...baru Ananna nak hekhek..doktor baby sudah membawa lari ke bilik lagi satu.

Mata Ananna terbeliak..lidah asyik mencari sesuatu..emh..Ananna keluar dalam keadaan kelaparan rupanya...cari susu tuh.

Dan ....2 bulan kemudiannya...air mata saya laju berderai...kerana itu adalah pertama kali saya berpisah dari Ananna..Saya terpaksa meninggalkan Ananna di nursey...sedih ok..sedih sangat...Seminggu saya menangis..hanya gambar Ananna sebagai pengumbat rindu di office.

Saya sayu lagi...bila Ananna secara tiba-tiba di serang demam panas dengat kuatnya.Sayu apabila anak precious saya lemah...dan cuba melawan kesakitan. Setahun kemudian..kejadian serupa kembali. Kali ini Ananna telah di tahan di wad hospital selama seminggu. Selama seminggu itu jugalah saya bercuti dan berjaga siang malam untuk Ananna. Ketika ini juga..saya maki kuat2 seorang doktor pelatih kerana kegagalan beliau melakukan tugas dengan baik. Sebagai ibu..adakah sanggup melihat doktor mencucuh jarum sesuka hati di lengan dan kaki anak kita..memancut darah sehingga ke lantai. Sanggup kah?

Saya kembali sayu setahun yang lepas...ketika saya bersetuju untuk menerima tawaran kerja dari Honda Malaysia. Ini bermaksud saya perlu berada selewat2nya di pintu nursery sebelum 6:40am dan hanya menjemput Ananna ketika azan maghrib mula berkumandang.

Huh..berminggu saya memandu sambil air mata meleleh...NKVE dan Sprint hiway sebagai saksi!

3 hari yang lepas saya kembali sayu..terlebih sayu..Saya menerima surat dari pihak Nursery...Surat kemasukan Tadika bagi tahun 5...hah..Ananna sudah besar...Waktu berlalu begitu cepat sekali kan? Umur Ananna belum pun mencecah 4 tahun...alahai..kecil lagi lah Anannna ni sudah mahu ke tadika ka..itu kata hati kecil saya.

Sekarang Ananna akan masuk sekolah tadika...pejam celik..Ananna sudah darjah satu..pejam celik lagi..Ananna sudah tidak mahu tidur kat ketiak mommy..sudah tidak mahu peluk cium mommy lagi..emh...sudah besar. Tidak lama lagi...Ananna akan bertambah besar..remaja..agh..saya perlu berdepan dengan masalah gelodak remaja Ananna pula..Agh....

Kemudian..kemudian pula...saya perlu berdepan dengan jatuh cinta dan patah hati Ananna..perlu menguatkan hati kerana menyerahkan Ananna kepada orang stranger..takut pula jika Ananna terlalu berlebih kepada lelaki itu hingga lupakan mommy dan daddy..uaggghhh..sayu..sayu..sayu...ok.

Agh..jika anda bukan seorang mommy..anda tidak akan faham sayu hati saya...Ananna precious baby saya..tidak kira ketika dia hanya sebesar buah epal..setinggi 4 kaki..oh..doktor kata ketinggian Ananna ketika 18 tahun akan mencecah 5 kaki 7 inci ..dan itu hanya minimum..dan dia boleh maximum ke 6 kaki..Ananna anak daddy juga kan?

Dia tetap baby precious baby saya walau berapa pun umur Ananna..sehingga Ananna tua kerepot pun kalau saya masih hidup dia tetap baby saya..

Agh...hanya surat kemasukan ke tadika saja sudah membuatkan saya sayu berhari-hari..Adakah saya ini suka terlebih-lebih atau ini memang nature naluri seorang ibu? Agh..menulis blog ini juga sayu hingga basah keyboard laptop di buatnya...!

Ok..Ananna sudah panggil..dia perlukan ketiak mommy untuk bobok..saya mahu hargai setiap detik saya bersama Ananna kerana masa itu tidak akan berulang kembali....

**Adrianna Khaleda Iznil..mommy sgt sayang Ananna**

4 comments:

  1. Uhuk..bukan mommy je yg sayu..daddy pon tgh sayu jugak.

    ReplyDelete
  2. kasih seorang ibu yg melahirkan dan membesarkan tidak akan dapat diganti dgn wang ringgit. bertuah annana dpt ibu mcm kak zura

    ReplyDelete
  3. Kita semua bertuah ada Ibu..kan?

    ReplyDelete