Saturday, July 10, 2010

Dugaan demi dugaan.

Salam semua.

 

Syukur! Walaupun kehidupan saya diselubungi oleh dugaan demi dugaan tetapi kami sekeluarga dapat menghadapinya dengan sabar dan tenang.

 

1. Honey Sakit.

 

Honey jatuh sakit kira-kira sebulan yang lepas. 7 hari di tahan di hospital termasuklah 6 hari darinya berada di wad kawalan rapi. Saya sendiri mengambil cuti selama 3 hari semata-mata untuk menjaga Honey tersayang. Sehingga diri sendiri hampir terabai..

 

P070610_12.47_[01] P070610_12.46 P070610_12.47

 

 

Daddy sakit tetapi anak dara kami tetap riang gembira.

 

Kemudiannya, selama sebulan ini ada rawatan susulan di mana Honey sekali lagi di masuk kan ke hospital bagi procedure kali kedua. Cuma kali ini tidak sekritikal yang pertama. Alhmadulillah..syukur. Segalanya sudah selesai dan kini Honey kembali pulih. Dia sudah kembali berkayuh dan sempat shopping trainer dan frame basikal baru. Saya happy tengok Honey sudah sihat.

 

P060610_10.43

Ha..ini pula anak dara terlanggar pintu McD ketika baru selesai bersarapan. Anak dara berlari ke pintu kononnya mahu segera menjengok Daddy..takut Daddy nangis katanya. Kemudiannya..”Baaaanngggg”. Bengkak dari atas dahi sehinnga kebawah mata sebelah kanan.

 

2. Dugaan yang berkaitan dengan panas dan sejuk.

 

2.1 Pendingin udara kedua-dua kereta kami rosak! Fuh! Menggigil juga. Spare Part bukan murah-murah. Tetapi kalau kita sabar, tenang dan beriman..pasti Allah tunjukkan jalan. Alhamdulillah, dugaan ini juga sudah selesai.

2.2 Pendingin udara di bilik rosak. Yang ini saya tidak risau sangat kerana kami ada kipas syiling. Tetapi bila…………

2.3 Kipas syiling rosak….juga. Fuh..mencabar benar. Sudah lah sekarang cuacanya tidak menentu. Kalau panas..terlalu lah panasnya. Solution..kami bawa kipas berdiri ke dalam bilik bagi mengganti sementara kerosakan kipas syiling dan pendingin udara. Tetapi…….

2.4 Kipas berdiri juga rosak……bagaimana? Ye..sudah rosak!

Sekali lagi..jika tidak sabar…

Tetapi, tahukah kita dugaan yang Allah beri ini hanya sebesar kuman. Kepanasan yang kami sekeluarga alami kini juga hanya sebesar kuman jika mahu dibandingkan dengan kepanasan api neraka di Akhirat nanti. Ya Allah ampunilah kami. Kami bersyukur dengan dugaan yang Kau berikan.

 

3. Demam.

Saya demam..kemudiannya selsema dan batuk kering yang kuat. Bukan saya sahaja malah ramai lagi rakan-rakan pejabat yang kurang sihat. Sudah 5 hari saya kurang sihat. Doa kan saya segera sembuh ye.

Ketika kita tengah tidak sihat, saya cuba lah menjauhkan diri dari anak dara. Ye lah..saya tidak mahu anak dara ikut sakit. Tetapi…….anak dara tidak boleh tidur tanpa pelukan dan bau ketiak Mommy. Alahai..anak dara manja ni. Dia ingat saya tidak sayang kan dia lagi..pulak!

 

4. Tikus.

Di sebabkan 2 minggu juga rumah saya tidak berpenghuni (Honey sakit), jadinya En Tikus pun bermaharajalela. Ketika ini memang rindu habis dengan Arwah Orange. Alamak! Saya tidak dapat tepek gambar Orange..ni mesti Honey dah transfer semua gambar ke cekera keras (eh…betul kah?).

Habis rumah berbau tahi dan kencing En Tikus. Huh…! memang tensi.

Kami pasang perangkap dengan umpan sotong (Eh..Paul??) kering. Lazat!!

Mahu tahu hasil tangkapan kami selama seminggu?????

*

*

*

*

*

*

tada…..4 ekor masuk ke perangkap dan seekor lagi mati lemas dalam bilik air!

 

5. Kereta lagi.

Dugaan terbaru…kereta Honey rosak ketika di dalam perjalanan ke tempat kerja. Syukur juga Honey tidak “panas”. Dia ingat pesan saya supaya sentiasa sabar dan tenang. Kali ini dia mengaku keberkesanan sabar…

Ye..lah..jika kita menghadapi segala dugaan dengan sabar..jiwa kita akan bebas dari belengu api kemarahan dan menjadi tenang. Kita akan menjadi manusia terhebat dan terkuat jika kita dapat mengawalnya. Tidak percaya?? Cubalah…

Sekarang kereta berada di “hospital”..kereta saya juga tidak berapa elok keadaannya..Dia juga akan di bawa ke wakil service rasmi Honda akhir bulan ini.

Oh..bercerita tentang Honda. sejak 1 Julai sehingga 3 bulan akan datang, Honda sedang mengadakan promosi 3S (Sales, Service & Spare Part). Ada banyak tawaran menarik dan diskaun hebat. Mari datang beramai-ramai. Ah..promosi lagi..(Ye..apabila menulis tentang promosi ini baru teringat saya masih tertinggal satu memo untuk diberi kepada semua Honda dealer…aih..aih..tidak apa..masih ada Isnin).

 

Ok..rasanya itu saja. Esok saya ada temujanji hangat dengan Edward Cullen di The Gardens. “Oh..abang hensem tunggu saya ye..esok!”

 

Selain Edward..si New Vampire ni pun hawwt juga kan??

 

Wow!

 

Hahaha..macam “school girl” saya ni kan??

7 comments:

  1. Uish.. banyaknyer dugaan u dalam waktu terdekat ek you.. Tapi, you dipilih sebab you mampu hadapinya dengan sangat cool dan lucu ok!!. I loike!! :)

    U.. umah i ade cik Ti jugak. Masa u tulis comment kat u ni, baru sekor telekat kat getah umpan tu.. i macam.. nak tolong nak tolong ke tak.. ish.. boleh?

    ape-ape pun.. i taaaaaaaaaakut... hehe

    Semoga segalan dugaan cepat-cepat berlalu dan u akan nikmati hikmah disebalikinya. aamin :

    *kita sama-sama macam *school girl*.. hahaha

    ReplyDelete
  2. Helo "school girl"..tehehe. Dah tgk ke "Abg Hensem"?? How?

    Itu lah..Cik Ti ni bahaya. I pon takot tapi hati tak sampai. Asyik teringat tikur ni mcm ratatouille. So..bila dah tangkap, I suruh Honey settle kan.

    Thank U..

    ReplyDelete
  3. sabar ek kak. ada hikmah disebalik semua tu. pasal eclipse tu plak... hmmm reel tanak komen panjang. cuma reel boleh cakap duit utk beli tiket tu adalah yg paling membazir yg reel pernah belanja. baik beli jagung tepi jalan, kenyang pun kenyang

    ReplyDelete
  4. Reel..thank U.

    Tapi bab eclipse........helllooo superb ok.!

    ReplyDelete
  5. Adik setuju ngan encik di atas tu yg komen pasal eclipse. Mujur adik tgk versi TS punye. Kalo tgk HD kat imax, lagi ler buruk Edward tu ditepek ngan tepung gomak... haru tul~

    Why Harry Potter is so great? Because Voldemort killed Edward Cullen... LOL =)

    ReplyDelete
  6. ???? Hellloooooo! tak suka tu diam2 aje lah.

    This is twilight space... hoccay!

    ReplyDelete
  7. Jom tengok Twilight Perody: "Vampire Suck" hahahaha. Adik dah download citer tu workprint version. Sama bongok la ngan twilight.. hahaha.. Sib baik Edward dlm tu leh tahan hensem LOL =))

    ReplyDelete