Thursday, March 31, 2011

Drama..drama..drama Rome–Kuala Lumpur.

 

I'm coming home
I'm coming home
tell the World I'm coming home

Tidur malam tidak lena…breakfast pagi di ambil ala kadar. Semuanya kerana mu Malaysia. Negara tanah tumpah darahku yang tersayang. Segalanya mungkin di Malaysia. Segalanya BOLEH di Malaysia…tsskkk…tssskkk…

 

9:30am, kami bertolak ke Airport…sobsobsob..sedih mahu meninggalkan Rome, Italy. Jika umur panjang..tahun depan bulan January, kami datang lagi…tehehe.

 

Btw, posting kali ini less gambar. Kan dah kata drama…..jeng..jeng…jeng.

 

Jadual penerbangan kami ke Dubai, sepatutnya bertolak pada pukul 2:30pm. Di sebabkan kami BAAAAAAAANNNNNYAAAAKKKK MASA…ramilah antara kami yang sambung SHOPPING (excluding me). Ada tu siap beli bag Longchamp semua jenis dan di dalam semua color. Fuh..hebat tak orang Malaysia shopping.??

2:00pm : tunggu..tunggu..tunggu..

2:30pm : tunggu lagi…laaaaaaaagi….laaaaaggggiiii.. Macam menunggu buah yang tidak gugur. Macam burung hantu menunggu kekasihnya Si Bulan purnama…ewah!

Akhirnya, khabar berita sampai. Flight delay hingga 3:30pm.

3:30 pm : Delay to 4:30pm…Hoi! dah lapar lah. Masa ni ramai kurang sabar. Kerana kebanyakan dari kami TIDAK makan lagi. Sudahlah kami tidak di beritahu kenapa flight delay dan bila kah penerbangan seterusnya. Penantian seperti ini benar-benar membakar JIWA! Sudah tawaf entah berapa RIBU kali Airport tu. Sampai nak tercabut kaki di buatnya!

 

4:30 pm: Delay lagi. Katanya, ahli rombongan lain akan menaiki penerbangan pada pukul 5:30pm. Honda Associates dan 4 orang ahli rombongan dari kalangan dealer pula terpaksa berlepas pada pukul 8:30pm. Wah……! PENGSAN!. Kami semua di arahkan ke kafe berdekatan. Apa lagi memasing pon…..MAMAM! Ada drama lagi….rupanya, makanan FREE hanya khas untuk 23 orang yang akan berlepas pasa pukul 8:30pm. Bayangkan kami yang cuma ada 16 orang cuba untuk mententeramkan ahli rombongan yang lainnya…huhuhu.

 

5:30 pm: Ahli rombongan yang lain bertolak.

Kami yang 23 orang ini……………..TERSADAI lagi.

 

DSC_0662

 

Sempatlah saya mengerjakan solat di tepi kawasan café. Kemudiannya, kami di arahkan ke “tempat orang-orang berduit menunggu kapal terbang”…..hahaha. Sebabnya, kami dinaik tarafkan dari economy ke kelas business..yaaaahoooo.

 

DSC_0663

 

Adalah tempat selesa untuk solat Maghrib dan Isya’. Alhamdulillah.

Tetapi………drama tak habis lagi…..8:30pm yang di janjikan sebenarnya adalah dalam lebih kurang 9:30pm. Waduh….! Udahlah badan bau masyam!

 

Akhirnya……………………….

 

Photo0161

 

Kami….TIDUR lena kat business class tu. Except me lar…Why? Sebab ada lah orang tu…orang tu..orang tu…habis dinner aje terus KRRRRRROOOOOHHHH dgn kuatnya. Walaupon saya pasang lagu korea guna headphone dan bervolume tinggi tapi Krrrrrrrooooohhhhh orang itu lebih hebat lagi…huhuhu.

 

Orang itu bukan orang yang di dalam gambar. Dia berada di belakang saya sebelah Mat Saleh yang muka agak blur itu.!

 

Kami sampai dengan selamatnya di Dubai subuh hari. Sampai aje kena kerjakan benda WAJIB. Solat dan kemudiannya breakfast. Kat sini saya sempat beli t-shirt dan camel pink untuk Ananna.

 

Kami bertolak dari Dubai pada pukul 10:10am. Di jangka sampai dalam pukul 8:30pm. Tetapi……………wah drama lagi ke??? yeap…kapal terbang terpaksa di bawa dalam keadaan rendah kerana ada RIBUT PETIR..huhahaha..sangat takut hoccay.! Sepanjang perjalanan 6 jam, saya berborak dengan mamat saleh dari Germany. Baik gila. HENSEM! tehehehe.

 

Sempatlah saya mengerjakan solat di dalam flight for the 1st time. Walaupon dalam keadaan kurang mengizinkan…di mana kapal terbang asyik bergoyang-goyang tetapi Alamdulillah.!

 

Disebabkan keadaan cuaca yang kurang baik…kami hanya sampai ke KLIA pada pukul 9:10pm……

 

Wah…memang tidak sabar…mahu jumpa Honey dan anak dara. Mahu cium bantal dan selimut busyuk….oppps!

 

Penat tak payah cakaplah. Siap tido berkeroh…demam PANAS…menggigau terjerit2….akhirnya, esok saya cuti. Badan tidak tahan…masih ikut time ROME.

 

Habis dah drama. Saya lega sangat perjalanan kami kali ini semuanya ok walaupon ada drama disana dan sini. Alhamdulillah. Makanan kami di jaga. Solat pon jaga. Tak tinggal walaupun sekali. Alhamdulillah.

 

Seperti yang orang lain tahu…saya ulang…tahun depan kami akan tour lagi Italy…sapa mahu ikut?????

 

Ok! Habis dah episode panjang di Italy.

Sekian. Terima Kasih.

 

Next posting : Ananna buat concert kat McD Klang Sentral!

2 comments:

  1. Italy lagi ke? Wahhhhhhhhh... saya mahu ke Korea!!

    ReplyDelete
  2. Korea juga mahu...Jom kumpul duit! Weeee.

    ReplyDelete