Monday, August 1, 2011

Kenangan manis di Bulan Ramadhan.

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi. Alhmadulillah, kita panjang umur lagi untuk menjalani ibadah di bulan Ramadhan.

Banyak kenangan manis sebenarnya buat saya di bulan yang penuh barakah ini.

6 tahun yang lepas, pada 3 Ramadhan di pagi hari seawal 2:27 am, Adrianna Khaleda Iznil telah lahir ke dunia. Alhamdulillah, walaupun saya mengalami sakit bersalin selama lebih 12 jam tetapi princess kesayangan kami sihat walafiat. Pertama kali berjumpa Daddy dengan mata bulat mulut Ananna telah menjulur keluar mencari susu. Lama sangat duduk dalam perut Mommy sampai lapar ye, sayang.?

Alhamdulillah, selama 6 tahun ini hidup kami banyak berseri dengan adanya Ananna. Tidak susah menjaga Princess manja kami ini. Tidak lama lagi Ananna akan punya adik....Adik pun dah pandai kicking Ananna...terkejut Ananna. According to Ananna, dia baik aje dalam perut Mommy. Mommy iye kan ajelah. Padahal...........Kicking dan berguling bagai tak berenti masa dia dalam perut Mommy.

Aghh...Mommy and Daddy so very much Love you Sayang.!

6 tahun yang lepas, saya terpaksa meninggalkan  puasa selama sebulan disebabkan saya berada di dalam pantang. Raya pun sebenarnya pantang tak habis lagi. Memang meleleh lah tengok segala macam juadah di pagi raya.....huhuhu. Alhamdulillah, 3 bulan selepas itu saya dengan gigihnya menggantikan puasa yang tertinggal.

Aghh...tahun ini pula usia kandungan saya sudah mencecah 5 bulan 2 minggu. Malam tadi, Alhamdulillah dalam kepayahan saya dapat juga menjalankan ibadat terawih walaupun solat saya di dalam keadaan duduk. Walaupun saya dikategorikan boleh meninggalkan puasa, tetapi saya akan cuba lah sedaya upaya, InsyaAllah untuk berpuasa. Kecuali jika memudaratkan, dengan berat hati saya akan berbuka lah.

5 tahun yang lepas, pada 1 Ramadhan, saya telah bertekad untuk meninggalkan kehidupan JAHIL saya. Alhamdulillah, sehingga kini saya masih lagi utuh dengan hijrah. Ye...benda yang baik kadang-kadang tidak digemari oleh orang. Memang ramai yang mengutuk tetapi dalam pada masa yang sama, Alhamdulillah ramai yang sanggup membimbing dan memberikan semangat.

Syawal juga banyak kenangan manis buat kami sekeluarga, Nanti bila nak Syawal, kita bercerita lagi ye.

Owh, kali ini 1st time kami sekeluarga bercuti pada 1 Ramadhan. Gembiranya hati. Ananna pun tidak sabar-sabar untuk berpuasa walaupun pagi tadi agak liat untuk bangun sahur. Harap-harap Ananna dapat berpuasa penuh hari ini. Doakan ye.

2 minggu lepas saya ada terbaca tweet Wardina yang lebih kurang bunyinya, "agak pelik kalau kita mengajar anak-anak bawah 7 tahun berpuasa tetapi tidak bersolat". Saya ada membalas tweet Wardina yang lebih kurangnya berbunyi "Saya sedang coaching anak saya yang berumur 6 tahun untuk bersolat dan berpuasa". Wardina ada membalas, mungkin agak risau kerana takut umur Ananna baru 6 tahun (belum pun 6 tahun sebenarnya) tetapi terpaksa melakukan secara serentak. Beliau meminta saya mengajar anak solat dahulu baru berpuasa. Kemudiannya, beliau ada menambah kalau Ananna ok, apa salahnya teruskan.

Sebenarnya, Ananna sedang berlatih bersolat di sekolah tadika tahfiznya dan saya meneruskan latihan di rumah. Alhamdulillah, banyak bacaan didalam solatnya sudah lancar. Kami tidak pernah memaksa tetapi menggunakan pendekatan psikologi. Kami akan menerangkan secara lembut betapa pentingnya solat. Serupa juga dengan berhijab. Alhamdulillah, dia sendiri rela hati mahu berhijab (bukan bertudung ye) walaupun masih hijab secara part time. Tetapi saya percaya dengan dorongan dan bimbingan yang betul, bertambah pula Ananna mahu CANTIK macam Mommy (ekeke), dia akan full time berhijab.

Eh...rasa macam dah terpesong dari tajuk asal aje posting ni...huhuhu.

Oklah, sempena Ramadhan Al-Mubarak ini, kami sekeluaga dengan besar hati mengucapkan selamat menjalani ibadat berpuasa dengan penuh takwa. Puasa itu bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja ye tetapi termasuklah aurat dan segala nafsu kita. Jangan lupa solat kerana tiada guna berpuasa jika solatnya asyik "no time" aje.

Dalam kita berpuasa ini, keadaan lapar dan dahaga ditambah cuaca yang panas dan keadaan sekeliling yang menekan, maka cepatlah juga kita naik marah. Kalau rasa nak marah tu cepat-cepatlah beristighfar dan berzikir. Tenang-tenangkan hati.Tidak guna juga kalau kita marah dan mulut meluncur mengeluarkan kata kasar sedangkan kita sedang berpuasa. Lapar dan dahagalah imbuhan kita.

Siapa yang rugi? Kita juga, kan? Sedangkan di bulan yang mulia ini kita wajib merebut segala peluang yang ada untuk beribadat. Marilah kita bersama-sama banyakkan bersolat sunat, melazimkan solat berjamaah, membaca Al-Quran dan bertadarus, berzikir, kurangkan hiburan dan beribadah bersungguh-sungguh di 10 malam terakhir. Bukan bershoping bersungguh-sungguh di 10 malam terakhir ye....

Anggaplah, Ramadhan kita tahun ini adalah Ramadhan yang terakhir. Kita tidak akan tahu adakah kita akan berjumpa lagi di Ramadhan tahun hadapan. Oleh itu, marilah kita bersungguh menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini.

Pesanan ini bukan untuk diri anda sahaja tetapi juga untuk kami sekeluarga.

Sebelum saya habiskan posting kali ini yang panjang lebar, saya dengan sukacitanya mengajak saudara sekalian untuk membeli majalah solusi edisi Ramadhan. Banyak ilmu boleh kita perolehi dari majalah itu. Eh...saya bukan pengedar ke atau apa...saya pun baru kenal aje dengan majalah ini.

Akhir kata, selamat beramal semua.

2 comments: