Tuesday, December 23, 2014

Review : Larome



Assalamualaikum,

Saya tak PREGNANT lah. Saya cuma GEMUK. Ok... get it! SAYA GEMUK! Huh! Menyampah ok bila orang asyik mempersoalkan kegemukan saya. Hellooo...

Bak kata Meghan Trainor...

“Yeah it’s pretty clear, I ain’t no size two but I can shake it, shake it, like I’m supposed to do.”


Saya sudah terbiasa dengan imej KURUS. Selama ini berat badan saya maintain 55KG. (Sapa sibuk nak tanya prove boleh skodeng gambar-gamabr saya dari account FB. Malas ok nak tepek sini)

2011, saya pregnant.












Dan bermulalah kisah si Azura yang GEMUK. Semak ok. Ramai bebenor yang tak reti  nak jaga hati saya yang fragile ni. Asyik tanya sama ada saya pregnant lagi atau tidak.! Menyampah sangat!

So........... saya cuba exercise dan diet. Turun lah 1kg. FINE.!

Lepas tu saya try telan ubat kurus herba. Turun 10KG. I'm a happy girl lah kononnya. Tapi kejap aje. 10KG aje turunnya. Lepas tu tak turun-turun...naik menjadi-jadi adalah. Kecewa. Kecewa. Kecewa.

Kalau korang sibuk permainkan berat badan saya dan kononnya kecewa dengan body saya, korang imaginelah betapa kecewa kecewa kecewanya saya sebagai tuan badan.

So, adalah kawan kat office ini cadangkan kat saya tentang Larome, gel ajaib katanya. Bersemangat nak kurus berkobar-kobar lah balik. Satu botol Larome bukan MURAH. RM150/bottle ok. Mau pengsan!


Kami berdua berkongsi sebabnya bila beli 4, harga turun menjadi RM350/4 botol. Murah kan?

Tiap-tiap hari kita dok sapu.. dok lenyek lemaklemak degil kat seluruh badan. Dari satu botol masuk kedua botol............

Kesimpulannya.......................................................... ok tak mau dah beli larome untuk botol ketiga. Rugi! 

Kita exercise dan diet baliklah. So far, dah turun 4 kg. Alhamdulillah.

Doa kan saya berjaya KURUS seperti dulu. I have another 25kg more to "shake it off". 

"hwating"

xoxo,
Azura Iznil
Saya Nak KURUS!

















Review

Assalamualaikum,

Saya akan review beberapa produk yang saya SUKA dan saya PAKAI. Review yang saya buat ini tidak berbayar ye. Maksudnya review saya ni kita kira sebagai yang ikhlas dari lubuk hati.

Jika produk review saya ini tidak memenuhi citarasa anda.. awal-awal saya minta maaf tau.

Ok.. jom.

xoxo
Azura Iznil

Friday, December 19, 2014

Cuti-cuti Di Johor

Assalamualaikum,

Kalau sebut cuti di Johor, mesti dah terbayang Legoland, Hello Kitty & Johor Premium Outlet kan?

Ada tak yang terbayangkan KSL Resort.? Hahaha.

Sebenarnya, kami tidak merancang pun hendak bercuti ketika musim cuti sekolah. Sebabnya, cuti sekolah = crowded. Kami tak suka. Kami suka pergi bercuti dalam keadaan aman sentosa.

Cuti Sekolah kali ini adalah kali pertama kami keluar bercuti. Itu pun sebab nak kena menghadirkan diri ke kenduri Best Friend En Honey. So, kami buat 2 in 1 lah.. hadir kenduri sambil bercuti. Eh...................... SALAH. Patutnya 3 in 1. Bercuti sambil hadir kenduri sambil shopping beli bag Michael Kors...bahaha.!

Pengalaman bercuti dalam crowded memang menyesakkan. Sepanjang perjalanan, Alhamdulillah tak berapa nak jam kecuali di laluan Nilai - Senawang. Cumanya payah bebenor nak berhenti di R&R. PENUH.

KSL Resort pula di tengah bandar Johor Bahru. Wow.... tepi-tepi hotel ni banyak kedai yang berkaitan dengan kereta. Dari kedai cuci kereta ke kedai tayar ke kedai accesories. Tetapi yang bestnya, KSL Resort ini ada Shopping complex (siap ada Tesco and panggung wayang) & di tingkat 7 ada Dinasour Water Park.


Nak check in kena beratur panjang. RAMAI. Kami dapat bilik di tingkat 18. Tinggi woo...gayat ok. Yang tak gayat anak-anak. Depa ni berani sungguh.!

Kondisi bilik kita kira acceptable lah. 1 katil Queen dan 1 katil single. & of cos katil single is meant for Daddy...hihihi. Kesian.

Tempat breakfast... Allah... SESAK. Tak senang kami nak makan.

Water Park dia, tidak lah besar mana but cukuplah untuk menggembirakan hati budak-budak. Mana nak cari tempat mandi bersama Dinasour.

Secara total, cuti kali ini memang best. Ananna dan Icha dapat mandi dengan Dinasour, Daddy dapat hadir kenduri kahwin kawan baik, Civic dapat 2 tayar baru (ouch!) dan saya.....dapat rembat satu bag from Michael Kors.!

Ok.. itu saja dulu.

xoxo.

Azura Iznil.

Wednesday, December 10, 2014

Hijab



Assalamualaikum,

Semua perempuan Islam WAJIB menutup aurat. Semua orang tahu kot hukum menutup aurat ni.

But.........

Lihat sekeliling kita................................ RAMAI je yang SUKA membuka aurat tanpa rasa takut kepada Allah.

Dan kemudian berhujah.. "oh it's ok if tak berhijab pun asalkan berbaju sopan", "Hijab kan by choice", "If berhijab tapi mengumpat, nak buat apa"..............etc...etc....etc

hahahaha............. masing-masing buka fatwa dan ajaran syok sendiri.

Saya sendiri pernah menerima umpatan dari seseorang. Kononnya, dia tidak suka bila saya MENGAJAK dia berhijab. Pagi tadi saya umpan lagi cerita tentang hijab secara umum dan saya boleh lihat dengan jelas dari riak mukanya yang tidak senang.

Emh.. tak pe lah kalau tidak suka. Yang penting saya sudah jalankan tugas berdakwah. Saya tidak mahu di akhirat nanti di tanya "Kenapa saya biarkan si polan dan si polan tidak mahu menutup aurat"

Susah nak jawab tu....

Tuesday, December 9, 2014

2014

Assalamualaikum.

Sudah lama tidak menulis. Skill menulis rasanya sudah berkarat. Lagi pon sudah lebih setahun saya tidak menulis.

Sedih.

Lama sebenarnya saya tidak jenguk blog kesayangan ni. Asyik blog walking and stalk gambar di instagram saja sekarang ni.

Baiklah...

Actually, nothing to update. Nothing to write.

Tapi saya perasan ramai yang berminat untuk tahu tentang sekolah Adrianna - Integrated Islamic School Shah Alam or ISSA. Emh... Next year Ananna akan berada di 4th year dan dia tersangat happy dengan sekolah ISSA dan refused untuk tukar sekolah. Hahaha.

InsyaAllah Icha pun akan bersekolah di sini. Walaupon ada yang cuba nak mempengaruhi kami supaya tukar sekolah nana ke sekolah Kebangsaan... Saya tetap nekad untuk TETAP kan hati supaya Nana tetap akan teruskan persekolahan di ISSA atau jika tertukar sekolah pun TETAP akan di letak sekolah agama.

Duit boleh di cari.

Ok.

Nanti kita update lagi. InsyaAllah.