Friday, December 19, 2014

Cuti-cuti Di Johor

Assalamualaikum,

Kalau sebut cuti di Johor, mesti dah terbayang Legoland, Hello Kitty & Johor Premium Outlet kan?

Ada tak yang terbayangkan KSL Resort.? Hahaha.

Sebenarnya, kami tidak merancang pun hendak bercuti ketika musim cuti sekolah. Sebabnya, cuti sekolah = crowded. Kami tak suka. Kami suka pergi bercuti dalam keadaan aman sentosa.

Cuti Sekolah kali ini adalah kali pertama kami keluar bercuti. Itu pun sebab nak kena menghadirkan diri ke kenduri Best Friend En Honey. So, kami buat 2 in 1 lah.. hadir kenduri sambil bercuti. Eh...................... SALAH. Patutnya 3 in 1. Bercuti sambil hadir kenduri sambil shopping beli bag Michael Kors...bahaha.!

Pengalaman bercuti dalam crowded memang menyesakkan. Sepanjang perjalanan, Alhamdulillah tak berapa nak jam kecuali di laluan Nilai - Senawang. Cumanya payah bebenor nak berhenti di R&R. PENUH.

KSL Resort pula di tengah bandar Johor Bahru. Wow.... tepi-tepi hotel ni banyak kedai yang berkaitan dengan kereta. Dari kedai cuci kereta ke kedai tayar ke kedai accesories. Tetapi yang bestnya, KSL Resort ini ada Shopping complex (siap ada Tesco and panggung wayang) & di tingkat 7 ada Dinasour Water Park.


Nak check in kena beratur panjang. RAMAI. Kami dapat bilik di tingkat 18. Tinggi woo...gayat ok. Yang tak gayat anak-anak. Depa ni berani sungguh.!

Kondisi bilik kita kira acceptable lah. 1 katil Queen dan 1 katil single. & of cos katil single is meant for Daddy...hihihi. Kesian.

Tempat breakfast... Allah... SESAK. Tak senang kami nak makan.

Water Park dia, tidak lah besar mana but cukuplah untuk menggembirakan hati budak-budak. Mana nak cari tempat mandi bersama Dinasour.

Secara total, cuti kali ini memang best. Ananna dan Icha dapat mandi dengan Dinasour, Daddy dapat hadir kenduri kahwin kawan baik, Civic dapat 2 tayar baru (ouch!) dan saya.....dapat rembat satu bag from Michael Kors.!

Ok.. itu saja dulu.

xoxo.

Azura Iznil.

No comments:

Post a Comment