Friday, January 2, 2015

Bye Bye 2014. Hello 2015

Assalamualaikum,

Saya menulis blog ni makan masa satu tahun...hihihi. Dan sekarang kena edit balik...

Babai 2014

Wow! Sekejap sahaja masa berlalu. 2014 boleh di katakan tahun yang mendung untuk Malaysia. Bermula dengan peristiwa MH307, kemarau teruk, MH17 kena tembak, banjir yang dasyat seumpama tsunami dan akhir sekali tirai 2014 di tutup dengan QZ8501.

Saya sendiri menganggap 2014 tahun yang masih kurang best untuk diri saya. Kerjaya saya agak statik tetapi lebih baik dari 2013. 

Untuk family pula, Abah saya masih sakit-sakit tetapi untuk tahun ini nampaknya dia tidak lagi kena tahan di Hospital. Alhamdulillah. Another news yang tidak berapa best, adik lelaki saya kena strok. Sudah tentu emak saya yang palng teruk kerana terpaksa menjaga abah dan juga adik (cry)

Good news nya.... Ananna berjaya tukar color tali pinggang Taekwondo. Terror ok. Sekali sepak sahaja terus pecah papan tu. Ada video, tapi tidak sempat nak upload. Hihihi.

Ananna juga dapat sepupu baru. Sampai sekarang kami tidak lagi dapat bersua di sebabkan sepupu baru Ananna lahir tidak cukup bulan. Tak pe lah. Biar sepupu baby sihat dulu, then nanti-nanti InsyaAllah kita berjumpa.

Walaupun, 2014 tidak berapa bagus dan 2015 bukan tahun baru untuk orang Islam, tetapi saya mengalu-alukan 2015 dengan harapan besar.

Hello 2015

Azam? hihihi... kita recycle aje ye.

1. I want to be SLIM and HEALTHY.
    Saya plan nak masuk Gym or belajar swimming. Nak buang lemak 10 kg kat perut, 2.5 kg setiap
    paha (nyummy drumstick), 5 kg kat bontot & 5 kg lagi di lain-lain tempat. Banyak kan?

2. I want to be an excellent trainer.
    Akhir tahun 2014, saya dengan happynya di transfer ke Training Operatin section. Dan dengan
    happynya saya ialah trainer untuk Parts. Dalam banyak-banyak trainer, I am the only trainer yang
    pernah kerja on the field.

     Meaning saya ada knowledge tapi kena buat fine tune sikit sebab saya bukan asal trainer. Kena
     banyak tgk video-video professional trainer lepas ni.

     As trainer, banyak improvement yang saya nak buat. Dari training material hingga ke planning.
     Wah, macam ada planning besar.



3. Eat clean.
    Susah nak buat ni. Hari pertama dan kedua je dah eat tak berapa nak clean. Siap bernasik lemak,
    teh tarik, KFC & mee segera. (cry)

    Ok tak pe. Semangat kena kuat ye. Kita ada satu tahun untuk eat clean...kikiki.

4.  Business.
     Saya started business dalam tahun 2014 dan business di daftarkan di bawah nama Kaydaryss
     Enterprise. Kaydaryss ni gabungan nama Adrianna Khaleda (Kayda) & Aryssa Zahraa (Ryss).  
    Jadi boss sebenar Kaydaryss Enterprise ni bebudak dua orang ini lah.

    Bolehlah follow IG kaydaryss : www.instagram.com/kaydaryss
    or like FB page Kaydaryss : Kaydaryss Petite Boutique

    Sekarang Kaydaryss sedang SALE HARGA RUNTUH MURAH-MURAH. Semua dress kami di
    jual dengan harga RM50. Sale bermula dari 26 Dec 2014 dan akan berakhir pada 4 Jan 2015.

    Semua dress yang di jual Kaydaryss, mesti cantik-cantik, sangat selesa dan nursing friendly.
    Ibu-ibu semua boleh berfashion walaupun sedang menyusukan anak. Hebat kan? Nak tengok
    collections penuh Kaydaryss, bolehlah follow atau like instagram dan FB Kaydaryss.

     Untuk 2015, saya mahu lebih maju lagi. Sedang mencari peluang baru. Tunggu...

Lagi?

Sayang Honey, Nana & Icha ketat-ketat? Yang itu boleh masuk dalam azam ke? hihihi.

Rasanya itu sahaja kot. If ada lagi tambahan azam, kita cerita di lain posting ok?

Akhir sekali, Selamat Tahun Baru. Semoga tahun 2015 menjadi tahun paling best untuk saya dan anda semua.

Thank you for reading this.

xoxo,
Azura Iznil

Emh....

  

No comments:

Post a Comment